TUJUH

Semalam ke Pahang. Jerantut. Jauh oke. Sangat jauh. Sampai nak balik Seremban kene isi minyak sampai 2 kali la jugak. Perjalanan pergi je dari Seremban dah 300++ km lebih. Masuk je ke kilometer 410km pada mileage Benjamin tu, dah blink-blink. Exit tol Karak – Kuala Pilah, cari Petronas dan isi balik penuh. Fuhhhh..lega. Kalau tak, memang sangkut la aku kat tengah highway tu. Mana taknya, next stesen minyak pon kalau ada nunnnn kat Genting Sempah. Gigih la kan nak drive slow-slow semata-mata nak ke sana. Baik la exit siap-siap. Kalau tak..nangissssss T______T.

So, kat sini aku nak letak 1 je pic kat tempat kejadian kat Jerantut sana tu, dan selebihnya adalah pic aku yg dah siap watermark kat Bukit Tinggi, Pahang. Watermark sebab rasa cam takut ada orang amik. Hahahaha. *comel sangat la konon*. Dah alang-alang kan, baik la aku amik kesempatan nak menyinggah. Kalau nak g semata-mata tu. memang takde lah aku nak g sana. Hahahaha. Buang masa jer.

This slideshow requires JavaScript.

ENAM

  • Tak tau lah kenapa sangat bosan dengan kerja ofis sekarang. Sejak kerja kat Nilai ni, rutin memang tak pernah merasa sibuk atau sangat sibuk. *Syukur*. Tapi cam teringin nak kerja macam orang lain yang kerja ofis. Jawab call, masuk meeting, siapkan dokumen bla bla bla *ayat tak reti bersyukur*. Kadang-kadang nak gak merasa something yang tak pernah rasa. Dari mula aku mula kerja, aku tak pernah kerja selain dari mengajar. Boleh korg bayangkan macam mana rutin aku ni? Alahhh…macam rutin cikgu-cikgu..tapi at least rutin cikgu tu ada gak pasang surut masuk meeting hari isnin bagai. Ni rutin aku memang surut tak pasang-pasang.
  • Sabtu ni kazen aku nak bertunang. BERTUNANG dan BERKAHWIN adalah perkataan paling anti skang ni antara aku dan abang aku *rasanya lah*. Sebab kazen aku tu muda setahun aku. Yerrrrr..konpem aku dan abang aku yang dah berkerja ini akan kene smash punya bila g majlis tunang kazen aku tu. Selamat la aku nak kasi jawapan ape. Cliché punya jawapan takkan diterima kot. Kalau sedara tanya kat abang..dan pulak nasib aku malang ada ditempat kejadian..konpem aku yang kene jawab. *dem dem dem* jawab la sendiri oi. Tak payah nak tukar servis. Tapi syukurlah parents masih belum mendesak. *memahami*. Kalau mendesak..tak tau la nak jawab apa. LOL
  • Bulan depan lots of things to do. Nak renew roadtax Benjamin, nak bayar fees UPSI, nak servis kereta major 60k. Banyak lah perkara yang pentingnya. Then how I manage my financial. *crying*
  • Aku dah tukar from dissertation to projek paper. Tak larat nak hadap mini tesis. Leh semput aku nak pikir tajuk gamaknya. Nak tak nak kene la berkorban berulang lagi ke Tg Malim itu. Kot iye plak dekat. Tol minyak 2 hala pergi balik Seremban-Tg.Malim-Seremban adalah dalam RM100. Kalau sebulan, kau darab la 4 sendiri. Matematik yang mudah. Bila jadi seorang pelajar, seorang traveller, what do you aspect? Banyak duit? *salah* Aku menjadi seorang yang agak berkira bila aku dah naik semester. Setiap duit tu bernilai sebab aku banyak komitmen nak kene buat. Bila aku cuti sem, xde lah nak berkira sangat. Tapi bukanlah seorang yang berpoya-poya juga.
  • Samsung aku ni kadang-kadang sengaja mintak nak kene hentak ke dinding. Elok je aku update software, mula lah tulis kasi notification kata internal memory aku dah nak penuh. Demmm. Nak kene tukar gamaknya! Kang aku pakai blekberi kang baru tau. *read : Blackberry*. Saja la tu nak cari pasal kasi hati aku ni panas. Nak tak nak, kene la aku uninstall beberapa software kesayangan!
  • Aku lambat masuk opis harini. Waktu bekerja aku mula jam 8.30 pagi..tapi aku masuk opis jam 9.00 pagi. Bukan salah aku. Jalan tar depan stesen komuter Batang Benar mendap sket. Ada lopak yang membahayakan. Dan aku lambat setengah jam. What can I say more? Masuk opis main internet je la macam biasa.

LIMA

Semalam ke PD bersama dengan students. Well, aku kan assistant coordinator untuk kelas tu. Jadinya kene jadi pensyarah pengiring untuk ke sana. Sampai Pd batu 4 jam 10, terus unload barang dan mulakan aktiviti yang dirancangkan. Aku xde la nak join mana pon, tengok-tengok kan budak-budak ni jer.

Sampaikan nak main banana bot pon tanya aku. Adehhh. Ni kes warden tak kasi diorg main laut sebenarnya. Aku tak kesah pon, janji ada safety jacket.

Tak berapa rajin nak menulis panjang, layankan gambar sehelai dua. Hahahahaha!!

Oh ya, ada beberapa keping gambar tu bersama rakan Prosboc NEG.

This slideshow requires JavaScript.

EMPAT

  1. Happy birthday Abah #901. Semoga dipermudahkan semua urusan dunia akhirat. Hope you like the present(s).
  2. Semalam g SOGO. Gigih g SOGO dan kebetulan baru mula Sale CNY. SOGO mana pernah tak sale. Hahahaha.
  3. Semalam naik LRT buat kali pertama untuk tahun ni. Haha. Gigih tu drive nak naik LRT kat BJ.
  4. RayBan Tech. Hahaha. Okeh. Tu bukan aku punya. Orang lain punya. Aku cuma tulis je kat sini.
  5. Hari sabtu memanjat Bukit Broga di Semenyih. At least aku naik la jugak walaupun lambat. Permulaan yang bagus untuk diri sendiri. Hahaha. Tahniah Izzah Nadiah sebab berjaya mendaki bukit broga walaupun banyak kali berhenti amik nyawa. LOL
  6. Super weekend. Tu je leh cakap.

This slideshow requires JavaScript.

TIGA

Mata baru. Warna merah. Kesilauan yang tak menahan.

Comel kan aku. *puji diri sendiri*

This slideshow requires JavaScript.

DUA

Rasanya azam tahun ni nak menulis dengan penulisan yang lebih berkualiti. Entah jadi entahkan tidak agaknya. Silap-silap masih menulis macam budak darjah 3 menulis karangan. Hahaha..

Permulaan yang perlahan selama 5 hari pertama ini disebabkan mood 2012 masih belum terasa agaknya. Atau mungkin masalah-masalah sampingan dari dalam diri. Kadang-kadang susah untuk kita mengawal emosi. Bila out of control, mula lah menulis macam-macam di laman tweeter kesayangan.

Ada satu gambar yang dihantar oleh teman ke WhatsApp. Dan aku sangat suka gambar tu. Kebetulan masa aku dapat gambar tu, aku baru sahaja on Internet. Sebab aku tertinggal charger batery Samsung di UKM, maka aku off Internet bila berada di luar rumah. Bila aku download gambar itu, besar ertinya. Gembira hati memang tidak terluahkan. Dan bila dia tanya kenapa suka gambar tu dan berikan 2 sebab. I have no reason why I like that picture. Because your action speaks louder than words. That the biggest reason. Enough said.

Buku pertama yang aku baca pada tahun ini adalah Lasykar Pelangi. Terjumpa di library ofis masa aku jaga exam budak repeat paper. Jangan salahkan aku kenapa lambat membaca, mungkin pada zaman kegemilangan buku itu, aku masih buta menilai kandungannya. Better late than never right. At least aku mula baca. Aku ada buat azam tak eh dalam blog ni, aku nak habiskan berapa buku dalam tahun ni..ada tak? Aku pun lupa.. Maybe no more malay novel jiwang karat tahap campak ke laut, tu baik tengok tivi sahaja sebab banyak cerita dah adaptasi. Mula membaca english novel (sebelum ni baca jugak, tapi tak rajin), buku bergenre lain daripada kebiasaan juga masuk dalam list aku.

Till you read again. Tata…

Alamanda

Kalau update by phone, aku lagi suka post gambar. Tak perlu nak tulis byk.

This slideshow requires JavaScript.

 

 

 

Cukuplah ini sahaja.

Kebersihan (Hygiene)

Pagi tadi aku singgah beli nasi lemak depan kedai bob kat kawasan rumah aku tu. Sebagai seorang yang mementingkan kebersihan makanan, aku tak berapa suka tengok penjual-penjual nasi lemak, kuih dan sebagainya yang berkaitan dengan makanan tidak menggunakan sarung tangan plastik atau penyepit untuk mengambil kuih, telur, timun, ikan bilis dan seangkatan dengannya.

Aku memang berhajat nak try je nasi lemak kat kedai depan tu, then tengok ada plak kuih, mintak la sebijik. Boleh makcik tu amik pakai tangan je pastu sengih² kat aku. Bukan la aku jijik, cuma aku tak suka. Sebab depan mata aku ada penyepit untuk amik kuih, jadi gunakanlah tools yang ada tu. Kalau kau amik kuih pakai sarung tangan plastik pon aku tak kesah. As long beralas la amik sesuatu untuk pelanggan.

Depan² aku sound makcik tu sebab aku ni customer dia. Ada makk kesah nokkss? Takde hokey. Jadinya aku penuh sopan santun pon tegur le makcik muka ala indon tu. Rasanya indon kot sebab dia macam tolong pakcik tu jer. Aku cakap aku xnak yang dia dah pegang, aku nak amik sendiri. Dah la nasi lemak mahal. RM2.00. Bagi aku mahal sebab telur rebus je. Bukan telur mata pon.

Aku sangat berkira kalau nak cari tempat makan. Berkira dari segi kebersihan. Kalau duk tepi jalan berhabuk, jangan mimpi la aku nak makan. Paham² la kan sebab apa.

Dan aku sangat berharap semua kedai makan dan peniaga akan menggunakan sarung tangan plastik untuk mengambil makanan kepada pelanggan mereka. Kerana tidak semua boleh pelanggan itu sama, nak nak pelanggan macam aku. Kalau dah muka aku kelat je sebab diorg tak pakai sarung tangan, tolong la faham yer.