ENAM

  • Tak tau lah kenapa sangat bosan dengan kerja ofis sekarang. Sejak kerja kat Nilai ni, rutin memang tak pernah merasa sibuk atau sangat sibuk. *Syukur*. Tapi cam teringin nak kerja macam orang lain yang kerja ofis. Jawab call, masuk meeting, siapkan dokumen bla bla bla *ayat tak reti bersyukur*. Kadang-kadang nak gak merasa something yang tak pernah rasa. Dari mula aku mula kerja, aku tak pernah kerja selain dari mengajar. Boleh korg bayangkan macam mana rutin aku ni? Alahhh…macam rutin cikgu-cikgu..tapi at least rutin cikgu tu ada gak pasang surut masuk meeting hari isnin bagai. Ni rutin aku memang surut tak pasang-pasang.
  • Sabtu ni kazen aku nak bertunang. BERTUNANG dan BERKAHWIN adalah perkataan paling anti skang ni antara aku dan abang aku *rasanya lah*. Sebab kazen aku tu muda setahun aku. Yerrrrr..konpem aku dan abang aku yang dah berkerja ini akan kene smash punya bila g majlis tunang kazen aku tu. Selamat la aku nak kasi jawapan ape. Cliché punya jawapan takkan diterima kot. Kalau sedara tanya kat abang..dan pulak nasib aku malang ada ditempat kejadian..konpem aku yang kene jawab. *dem dem dem* jawab la sendiri oi. Tak payah nak tukar servis. Tapi syukurlah parents masih belum mendesak. *memahami*. Kalau mendesak..tak tau la nak jawab apa. LOL
  • Bulan depan lots of things to do. Nak renew roadtax Benjamin, nak bayar fees UPSI, nak servis kereta major 60k. Banyak lah perkara yang pentingnya. Then how I manage my financial. *crying*
  • Aku dah tukar from dissertation to projek paper. Tak larat nak hadap mini tesis. Leh semput aku nak pikir tajuk gamaknya. Nak tak nak kene la berkorban berulang lagi ke Tg Malim itu. Kot iye plak dekat. Tol minyak 2 hala pergi balik Seremban-Tg.Malim-Seremban adalah dalam RM100. Kalau sebulan, kau darab la 4 sendiri. Matematik yang mudah. Bila jadi seorang pelajar, seorang traveller, what do you aspect? Banyak duit? *salah* Aku menjadi seorang yang agak berkira bila aku dah naik semester. Setiap duit tu bernilai sebab aku banyak komitmen nak kene buat. Bila aku cuti sem, xde lah nak berkira sangat. Tapi bukanlah seorang yang berpoya-poya juga.
  • Samsung aku ni kadang-kadang sengaja mintak nak kene hentak ke dinding. Elok je aku update software, mula lah tulis kasi notification kata internal memory aku dah nak penuh. Demmm. Nak kene tukar gamaknya! Kang aku pakai blekberi kang baru tau. *read : Blackberry*. Saja la tu nak cari pasal kasi hati aku ni panas. Nak tak nak, kene la aku uninstall beberapa software kesayangan!
  • Aku lambat masuk opis harini. Waktu bekerja aku mula jam 8.30 pagi..tapi aku masuk opis jam 9.00 pagi. Bukan salah aku. Jalan tar depan stesen komuter Batang Benar mendap sket. Ada lopak yang membahayakan. Dan aku lambat setengah jam. What can I say more? Masuk opis main internet je la macam biasa.
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s