Konon-kononnya…

Ceh..saya ni konon-kononnya tadi nak wat soalan test pas dinner. Last-last tak gak buat. Test tu akan diadakan pada minggu depan bermula 23 hb.

Penyakit malas dah bermula kembali..Malas nak fikir soalan yang sangat kacang goreng yang bakal saya buat tu..Hahahaha~ Lantak korang la student kalo takleh jawab gak! Aku bagi soalan paling senang dalam muka bumi ni kalo korang baca nota aku. Hahaha!

Buka PC hajatnya tadi nak kemaskini borang secara online jer. Last-last saya tersangkut kat sini menaip entri yang entah apa-apa ini. Hahaha..dan kamu membacanya!!

Siap singgah-singgah di blog yang terdapat dalam list dan siap drop komen..Hahaha. Punya la rajin saya malam ni.. 😉

Ok. Ok.

Kat sini saya nak bagitau la..minggu lepas kami semua pensyarah boikot untuk pergi ke perjumpaan pagi di main campus. Hahaha. Gasak la apa nak jadi pon. Dari habiskan duit minyak kete (sebab saya dah bertukar dari manual kepada auto..so paham-paham la auto ni camni kan?), baik saya habiskan kerja saya di ofis. Ada gak pekdahnya! Dah la keje melambak..nota tak siap-siap. Soalan test pon tak draf lagi!

Elok je kami boikot..keluar la arahan baru bahawa kami dah tak perlu ke sana..horeyyyy! Sebabnya ada la alasan-alasan sulit yang tak boleh di beritahu disini. Saya tahu. Tapi cukuplah setakat kami sangat berbahagia apabila arahan berkenaan dikeluarkan.

Jadi hajat nak berenti tu boleh ditangguhkan buat sementara. Hahaha. Anything happen, saya tetap akan berenti..kui kui~

p/s : laptop dan buku rujukan pon tak kemas-kemas lagi masuk ke dalam kereta. Masih bersepah-sepah di bilik sebab semalam berpoya-poya menonton cerita taiwan miss no good. Hahaha 🙂

8 thoughts on “Konon-kononnya…

Leave a comment