Student IPTA vs Student IPTS Nowadays

Hi.

Saja nak share experience. Maybe some of you will agree with me and maybe some of you not. Berlapang dada bila membaca post ni sebab this is my point of view as a lecturer and also am was a student.

Most of my friends yang jadi lecturer in IPTS will face this problem. Because of most of us from the Public University.

As I can compare the students in both institutional, you can see that IPTS “most” win.

Student IPTA

  1. SIPTA lebih menghormati pensyarah.
  2. SIPTA lebih berdikari.
  3. SIPTA bukan anak manja sikit2 nak report ke DEAN or top management.
  4. SIPTA biasanya wont care about student feedback. Biasa diorg malas nak baca soalan banyak banyak tu. Just kasi je 4 5 markah. (Aku lah tu)
  5. SIPTA tak berani nak pakai pakaian bukan bukan nak pergi kelas. Mahunya kena halau dengan pensyarah. Dulu ada budak kelas pakai selipar g kelas malam, satu kelas kene halau balik. Kau bayangkan lah! SATU KELAS okeyyyyy!
  6. SIPTA tak berani nak demand demand dengan pensyarah. Sebab diorg takut markah sikit. Biasanya markah memang based from pensyarah lah kan.
  7. SIPTA tak berani nak melawak lebih lebih dengan pensyarah. Nak bercakap dalam kelas pon kene tengok angin pensyarah. Silap silap mahu kene halau keluar kelas.
  8. SIPTA tak berani nak tinggi suara dengan pensyarah. Nak suruh suruh pensyarah.
  9. SIPTA tak berani nak datang kelas lambat. Daripada lambat baik xpayah masuk terus. (Daripada kene halau balik)

Student IPTS

  1. SIPTS ni ramainya tak reti hormat pensyarah. Kenkonon anak orang kaya yang perasan dia bayar gaji pensyarah. Padahal tuition fee pon pakai duit PTPTN. Lagi nak berlagak hebat.
  2. SIPTS ni ramainya manja. Semua nak kene spoonfeed. Tak suap, tak dapat la jawab soalan.
  3. SIPTS ni ramainya anak manja xleh kene marah kene jentik sikit. Kene marah naik 3 harakat suara pon dah mengadu ke HOD. Tak pon sampai terus ke CEO/Principal. Kesian kau. Baik masuk tadika, jangan masuk IPTS.
  4. SIPTS ni jenis banyak komen. Tak puas hati sikit komen. Komen lecturer tak pandai mengajar lah. Lecturer suruh baca sendiri lah. Cuba kau present kat depan lepas tu pensyarah nilaikan, kau lagi teruk tak reti  nak present slide ko tu. Lain kali jangan sedap mulut je nak komen! Dalam student feedback kemain kau hentam kaw kaw lecturer tu.
  5. SIPTS bukan dia kesah nak pakai apa. Pakai hot pants ngan baju sendat pon jadik. Nak je aku cakap, baik ko pakai spender lagi bagus. Pakai selipar masuk exam. Mana ada kena halau. Nak halau? Tak lama lepas tu agaknya ko dah depan meja HOD. Hahahaha. Siaplah!
  6. SIPTS ni demand lebih. Pemalas datang kelas. Banyak songeh banyak alasan. Kerja part-time lah apa lah. Ada pulak kitorg (lecturer) kesah? Pastu berani je nak demand markah padahal kerja cincai xseberapa. Perasan bagus jer.
  7. SIPTS ni bukan dia kesah nak bercakap ke nak menjerit ke dalam kelas. Yang dia tau dia bayar. Bangang abadi namanya. Tak tau nak hormat org tengah mengajar. Jawab handphone dalam kelas. Main scroll scroll fb dalam kelas. We chat apa bagai.
  8. SIPTS ni ada je yang biadap. Ugut2 pensyarah. Tinggi suara macam kita ni kuli dia pon ada. Menyampah betul aku lah.
  9. SIPTS kalau kelas kul 12, ada jugak yang datang kul 1.45. Dah la masuk xde cakap sorry xde muka bersalah. Buat bising lagi ada. Kau bajet kau hebat?

Maybe you have any point to add, please add. As i said, maybe some of you will not agree with me, but i share based on my experience.

Aku tak share la bangsa mana yang banyak biadap ke apa ke..paham sudah lah. Aku ni pernah kerja dengan kompeni yang ramai student melayu, ada kompeni ramai student cina, ada kompeni yang ramai student india and also international student. Jadi aku dah penah tengok benda ni semua.
Kau ingat senang nak didik anak bangsa sekarang lepas cikgu cikgu?

Payah tahuuu!!!!

Nak nak dapat mak ayah yang jenis percaya sangat cakap anak diorg tu tanpa selidik. Memang sakit hati jadinya.

Advertisements