Nursing in Public and Selfie!

Salam Januari.

Sekian lama xmenulis, rasa terpanggil nak berikan pendapat dari hati berkenaan isu yang menarik perhatian ramai BF mommy out there.

NIP dan selfie serta NIP sahaja adalah dua isu yang berbeza.

Masyarakat Malaysia harini semakin terbuka dengan ramainya ibu menyusu berani NIP. Sebab ramai ibu sekarang memilih untuk menggunakan nursing cover atau pakaian yang nursing friendly di khalayak ramai yang tidak mendedahkan aurat. Para suami dan bapa juga memberikan sokongan serta galakan kepada isteri masing masing untuk menyusu anak dengan aurat yang terjaga.

Anda fikir suami anda izinkan ke anda nak menyusu anak di public kalau ternampak bahagian badan anda? Melainkan suami anda jenis tak kisah aurat anda di tonton orang.

NIP tidak adalah salahnya. Salahnya bila anda NIP, anda ambil gambar selfie, kemudian share di laman sosial. (Read : whatsapp [group], facebook, instagram, twitter, we chat dll).

Kadang kadang tertanya juga, apa motif sambil menyusu sambil selfie ni? Nak beri galakan kepada ibu menyusu lain untuk menyusu jugak atau nak berbangga diri dia mampu menyusukan anak di mana mana sahaja?

Tepuk dada, tanya lah hati. Hilang kemana rasa malu anda bila anda buat macam tu?

Suami tak rasa bersalah atau rasa berdosa ke biarkan isteri anda upload gambar macam tu menjadi tatapan kawan kawan isteri yang ada juga kaum Adam?

Seorang rakan di facebook, seolah olah di-provoke, dia tetap dengan padangan tidak salah NIP. Dan dia memandang remeh soal aib, dan maruah yang sebenarnya perlu di jaga oleh sang isteri. Percuma sahaja menghadiahkan suami dengan masalah yang semakin di kata masyarakat iaitu NIP dan selfie!

Jika suami pon jenis tak kisah apa yang si isteri upload, kita sebagai orang luar tidak boleh melakukan apa apa. Lihat sahajalah drama yang berlaku di facebook.

BF mommy ni terlalu tegar dengan tagline “Hak anak menyusu sehingga 2 tahun”. Sampai kadang kadang melihat ibu lain yang memberikan anak dengan susu formula ada dosa besar dan bf mommy ini dilihat terlalu mulia di sisi Allah kerana menyempurnakan hak anak mereka.

Pam susu berdozen dozen upload ke Facebook. Sebenarnya, tidak ada kepentingan pon nak upload, mungkin nak mendapat pujian dan rakan rakan lain bahawa susu badan mereka banyak melimpah.

NIP, pam susu dan stok susu..rasanya tak perlulah nak upload ke facebook. Buat untuk tatapan diri sendiri sahaja sudah lah.

Melainkan stok susu yang banyak tu, dia nak offer untuk anak susuan. Ini tidak..nak tunjuk betapa meriahnya susu mereka.

Bila isu ini menjadi viral, ibu tersebut dan bf mommy tegar ni mula lah nak buka hujah xsalah nak NIP..memang lah xsalah kak oi..yg salah tu g selfie dan upload. Cuba fahamkan 2 isu yang berbeza ni..buka sikit hati tu. Ni faham satu benda je..mana lah nak terima pendapat orang lain.

Bila orang asyik memperkatakan berkenaan isu ni, pandai pulak bising. Meroyan balik tak tentu hala.

Sudah sudah lah. Harapnya isu ini menjadi pengajaran kepada semua ibu menyusu di luar sana. Sama sama lah kita belajar dari kesilapan.

Ikhlas,

(Bekas) Ibu yang pernah menyusukan anak dengan susu ibu.

Advertisements