22 Januari 2015

Tajuk tu tarikh Haziq lahir.

Alkisahnya I punya EDD (Estimate Delivery Date) on 26 Jan. Tapi sebab pergerakkan baby kurang..I pon pergilah GH nak check why baby kurang gerak. I asked my mom to drop me off there. Pergi lenggang kangkung dengan bawa buku pink jer. Hahaha.

Now GH dah guna bangunan baru untuk wad bersalin dan wad kanak kanak. Masa I masuk tu baru 3 hari gunakan blok baru. Best gila kot bersalin kat bangunan baru. Semua pon baruuuuuuu.

Best ye tak nak beranak? Krik krik *bunyi cengkerik*

I pergi hospital on 21st Jan dalam kul 3 petang la macam tu. Bila dah masuk 7 bulan, kita dah kene kira pergerakkan baby dalam perut. Cukup tak 10 gerakan dalam masa 12 jam. Kalau tak cukup, terus pergi hospital. Pergi screening room atau sekarang orang panggil PAC.

Masa I pergi tu..kiraan baby sampai jam 3 petang tak sampai 5 pon. Sikit sangat which is kau patut risau baby malas gerak. Jangan malas kira pergerakkan baby. Sebab time baby kick tu la moment paling best paling indah..

Sambung balik cerita lepas g PAC tu..doc scan cakap air ketuban dah kurang which is 4 jer. I tak tau la kiraan air ketuban banyak masa yang minimum..tapi lepas tu doc cakap esok you bersalin.

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Induce. Hazabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb.

Sakitnya tuh disini. Huhuuuuu. Bagi yang belom pernah ada pengalaman sakit induce..sakit dia tu..macam sakit period pain..tapi berganda ganda punya sakit. Induce ni paksa baby keluar.

Bila doc cakap esok kene bersalin..I was like..hahahahaha. Cant believe that statement. Time tu dah 39 minggu 1 hari. I memang takde tanda nak bersalin ke apa before tu..xde show xde pecah air ketuban xde everything lah senang cerita. Sebab nak bersalin tu senang jer..AIR KETUBAN DAH KURANG.

I siap cakap kat doc.. “Doc, I nak balik rumah dulu boleh?”

And the answer is NO!

Once you dah masuk PAC, no turning back orang kata. Memang takkan lepas keluar sebab diorang akan pantau ibu ibu mengandung ni.

Terus lah I kene pakai gelang hospital tu..tunggu masuk wad..masuk wad macam nak g masuk shopping mall..punya la sehelai sepinggang..hahaha. Padahal beg baby beg mommy semua dah siap kat rumah.

Masuk wad dalam kul 6 lebih..amik berat dulu..amik bacaan BP..berat last before bersalin 68.8 macam tu lah. Mak oiiiii..terasa besor perut iolss. Hahaha.

I pregnant, perut je naik. Bontot naik tu biasalah kan kalau dah nama pon mengandung. Muka, lengan apa semua normal macam dulu. Kalau dari belakang nobody will assume you are pregnant lady. Hahahahaaaaaaa gituuuu. Sebab kazen I la cakap..”angah ni dari belakang tak nampak macam mengandung pon..”

Lepas check in wad, dapat la makan. Tapi faham faham la kan kalau lauk hospital..mana kene ngan selera tekak kita. So I request nak makan mekdi kat husband. Time tu husband kat ofis lagi. Hahaha. I called him and bagitau..esok doc suh bersalin..you balik la lepas kerja yer.

Simple.

So last meal requested before bersalin adalah mekdi. Makan dalam wad tetengah malam sebab husband sampai pon dah nak kul 11 malam macam tu hantar barang dan mekdi.

Nurse cakap esok pagi pagi masuk ubat induce..hahaha. Gigihhhhhhhh eh GIGILLLLLLL.

Esoknya.

7.30 pagi dah kene masuk ubat..dan xleh gerak 2 jam macam tu laaaa..

Last breakfast I request kat husband..nasi lemak kat jambatan. Hahaha. Sempat aje kannn.

Makan.

Rehat.

Lelap kejap.

Around 10 am macam tu dah rasa dah mild contraction. Masuk tengahari makin kuat. Muka dah basah kuyup ngan peluh. Dah macam orang g maraton dah gaya I time tu.

Yet, bukaan masih kecik..tapi sakitnya macam rasa nak nangis..tapi xkeluar air mata. Serius. Ni pengalaman I yang I nak share. (kot ada yang nak baca) hahaha

Sampai la ke petang macam tu sakitnyaaaaaaaaa…Macam rasa nak nangissssss jer. Tapi xkuar air mata. Panggil doc check bukaan..kecik lagi..

Sadly, aku xreti kira contraction..sebab time sakit tu..nurse yang tolong kirakan. Hahaha.

Time sakit tu baca lah doa Nabi Yunus tu..amik nafas hembus apa semua..dapat la tido dalam 5 minit pas tu sakit balik..sampai la kul 6 camtu.. Pastu nurse suh pindah katil yang dekat ngan kaunter sebab senang nak tengokkan I. I contraction kuat..tapi buka slow..azabnyaaaaa…takpe takpe..Allah nak hapuskan dosa..

Time tu aku dah asyik g toilet je nak kencing..setiap 3 minit camtu nak kencing jer..nurse suh husband temankan takut aku meneran..hahaha..end up tak tahan sangat..aku panggil doc suh check balik jalan.

7cm!!

Dangggggg..kelam kabut nurse tolak aku dari wad ke labour room..

Masuk labour room check jalan cakap 5cm. K fineee!!

Lepas tu I cakap kat doc..

“Doccccc sakit nak teran ni..”

Doc suh tahan..Ya Tuhannnn..time tu aku rasa macam nak terajang je doc ngan nurse tu..hahaha..sakit woi..xleh pikir apa dah.

Tak sampai setengah jam lepas masuk LR tu..I dah ready nak bersalin.

Sempat lagi tanya nurse..”husband saya mana nurse?”

Husband dah masuk baru laaaaaa I nak meneran. Hahaha.

Lupa nak cerita..Time tengah sakit contraction tu..lunch and dinner I tak makan..sebab xde selera..

So, I xde tenaga sangat nak menerah dah even baby dah nak kuar sangat. Sampai kene marah la ngan nurse sebab kuar suara emmmmmmmmmmmm masa nak meneran tu.

End up, vacuum. Selamat anak iols kuar. Fuhhhhhhhhh legaaaaa..Hilang terus semua sakit. Memang ajaib! Nurse bersihkan anak bla bla blaaaa..

I asked nurse to give baby to my husband to azan him.

Kul 7 pm lebih kuar anak..kul 10 pm lebih baru naik wad. Lamanyaaaaaaaaaaa duk kat LR lepas jahit tu.

Time jahit tu dia bius la..gila kau tak bius..maun I jerit satu floor. Hahaha. Sambil kene jahit sambil tengok baby..hahahaha.

Syukur..selamat dah. Lega. Nasib sekali induce dah beranak..kalau kene masuk ubat lagi..bape lama la pulak sakitnya. I sakit nak beranak dalam 9-10 jam macam tu la lepas masuk ubat..Duk LR nak beranak memang kejap..tak macam orang lain berjam jam saja kat LR tapi lambat bersalin.. Bahagian masing masing.

My husband?

I am so proud of him. Dari pagi lepas hantar sarapan tu..dia setia tunggu..kat surau sebab kene patuhi waktu melawat. Tenghari dia datang makan kat wad, tapi I tengok je la. Makan 1 sudu dia suapkan..lepas tu xnak dah sebab xde selera langsung..plus I muntah. Yessss muntah! Lupa nak mention muntah. Waktu melawat petang pon dia setia menunggu..pendek cerita tunggu sampai I naik wad ngan baby la camtu.

I terharu sangat dengan apa dia buat untuk I. Tunggukan I. Give support kat I..

I love you hubby.

Advertisements