Student IPTA vs Student IPTS Nowadays

Hi.

Saja nak share experience. Maybe some of you will agree with me and maybe some of you not. Berlapang dada bila membaca post ni sebab this is my point of view as a lecturer and also am was a student.

Most of my friends yang jadi lecturer in IPTS will face this problem. Because of most of us from the Public University.

As I can compare the students in both institutional, you can see that IPTS “most” win.

Student IPTA

  1. SIPTA lebih menghormati pensyarah.
  2. SIPTA lebih berdikari.
  3. SIPTA bukan anak manja sikit2 nak report ke DEAN or top management.
  4. SIPTA biasanya wont care about student feedback. Biasa diorg malas nak baca soalan banyak banyak tu. Just kasi je 4 5 markah. (Aku lah tu)
  5. SIPTA tak berani nak pakai pakaian bukan bukan nak pergi kelas. Mahunya kena halau dengan pensyarah. Dulu ada budak kelas pakai selipar g kelas malam, satu kelas kene halau balik. Kau bayangkan lah! SATU KELAS okeyyyyy!
  6. SIPTA tak berani nak demand demand dengan pensyarah. Sebab diorg takut markah sikit. Biasanya markah memang based from pensyarah lah kan.
  7. SIPTA tak berani nak melawak lebih lebih dengan pensyarah. Nak bercakap dalam kelas pon kene tengok angin pensyarah. Silap silap mahu kene halau keluar kelas.
  8. SIPTA tak berani nak tinggi suara dengan pensyarah. Nak suruh suruh pensyarah.
  9. SIPTA tak berani nak datang kelas lambat. Daripada lambat baik xpayah masuk terus. (Daripada kene halau balik)

Student IPTS

  1. SIPTS ni ramainya tak reti hormat pensyarah. Kenkonon anak orang kaya yang perasan dia bayar gaji pensyarah. Padahal tuition fee pon pakai duit PTPTN. Lagi nak berlagak hebat.
  2. SIPTS ni ramainya manja. Semua nak kene spoonfeed. Tak suap, tak dapat la jawab soalan.
  3. SIPTS ni ramainya anak manja xleh kene marah kene jentik sikit. Kene marah naik 3 harakat suara pon dah mengadu ke HOD. Tak pon sampai terus ke CEO/Principal. Kesian kau. Baik masuk tadika, jangan masuk IPTS.
  4. SIPTS ni jenis banyak komen. Tak puas hati sikit komen. Komen lecturer tak pandai mengajar lah. Lecturer suruh baca sendiri lah. Cuba kau present kat depan lepas tu pensyarah nilaikan, kau lagi teruk tak reti  nak present slide ko tu. Lain kali jangan sedap mulut je nak komen! Dalam student feedback kemain kau hentam kaw kaw lecturer tu.
  5. SIPTS bukan dia kesah nak pakai apa. Pakai hot pants ngan baju sendat pon jadik. Nak je aku cakap, baik ko pakai spender lagi bagus. Pakai selipar masuk exam. Mana ada kena halau. Nak halau? Tak lama lepas tu agaknya ko dah depan meja HOD. Hahahaha. Siaplah!
  6. SIPTS ni demand lebih. Pemalas datang kelas. Banyak songeh banyak alasan. Kerja part-time lah apa lah. Ada pulak kitorg (lecturer) kesah? Pastu berani je nak demand markah padahal kerja cincai xseberapa. Perasan bagus jer.
  7. SIPTS ni bukan dia kesah nak bercakap ke nak menjerit ke dalam kelas. Yang dia tau dia bayar. Bangang abadi namanya. Tak tau nak hormat org tengah mengajar. Jawab handphone dalam kelas. Main scroll scroll fb dalam kelas. We chat apa bagai.
  8. SIPTS ni ada je yang biadap. Ugut2 pensyarah. Tinggi suara macam kita ni kuli dia pon ada. Menyampah betul aku lah.
  9. SIPTS kalau kelas kul 12, ada jugak yang datang kul 1.45. Dah la masuk xde cakap sorry xde muka bersalah. Buat bising lagi ada. Kau bajet kau hebat?

Maybe you have any point to add, please add. As i said, maybe some of you will not agree with me, but i share based on my experience.

Aku tak share la bangsa mana yang banyak biadap ke apa ke..paham sudah lah. Aku ni pernah kerja dengan kompeni yang ramai student melayu, ada kompeni ramai student cina, ada kompeni yang ramai student india and also international student. Jadi aku dah penah tengok benda ni semua.
Kau ingat senang nak didik anak bangsa sekarang lepas cikgu cikgu?

Payah tahuuu!!!!

Nak nak dapat mak ayah yang jenis percaya sangat cakap anak diorg tu tanpa selidik. Memang sakit hati jadinya.

Kalau Aku Rajin Camni Dulu Masa Kat U…

Hello bloggers..

Wah..aku dah sampai tahap bizi semula.

Blog kejap buka. Kejap tutup.

Kejap baca. Kejap tak baca.

Kejap g jenjalan baca blog kawan. Kejap xjalan pon.

Haha~

Hari-hari pon aku stadi. Perghhh..Dah macam student plak.

Kalau Cik Wanda komplen sapa kata jadi student senang..

Ni meh aku lak nak cakap..

Sapa cakap jadi pendidik ni keje mudah.

Nak tercekik aku stadi tetiap hari.

Masa aku jadi student dulu..aku xde la rajin cam gini nak stadi.

Kalau rajin macam skang ni..sure aku dah dean list setiap semester..haha

Ada masa terluang kat opis..sambil main farmville..sambil baca buku.

Ada masa sket..g belajar ngan senior.

Ada masa lagi..kat umah bangun pepagi stadi.

Bangun kul4.30..kadang-kadang kul 5 pagi..

Gile gigih aku nak stadi.

Takde masa nak berpoya-poya pon skang ni.

Lagipun tiada teman nak diajak berpoya-poya seperti di kuantan. Hahaha~

Skang idup mula tidur sebelum kul10..Kalau men mesej..lambat r sket lelap. Haha.

*****************************************************************************

Budak skang banyak sangat tanya..banyak sangat mulut..banyak sangat perangai.

Skali bagi assignment..banyak lak komplen..kelas lain ada keje gak..

Hek eleh..ada aku kisah? Nak pandai ke tak nak? Geram lak ai..

Sok sambung degree..tau la banyak keje ke x. Sok ko nak komplen kat prof pon..baik prof tu xlayan perangai ko..

Aku gerenti yg korg xkan berani nak cakap depan2 prof korg banyak asgmnt len dari lectrure lain.

Kalau cakap cemgitu..sure korg kene fire kaw kaw punya ngan prof..

Kat kolej ni leh la korg nak banyak bunyik..ye la kannnn…kan korg *****

So rasa nak respect kat lecturer pon dah kurg!

Leh pulak student aku men tunjuk-tunjuk tangan kat aku..cakap kemain kasar lak lagik..siap tejerit2 bila nak cakap ngan aku. Rasa nak halau je kuar dari kelas..geram gile ahhhh!!

p/s : fifi..ko dah dapat kan pedang? cuma xbape sama ngan pedang ko yg hilang dulu..jadi aku belikan yang lebih kurg la..hehe. ok x?

2nd of June 2009

Ohaiyogozaimas mina-san!!

Pagi ni ofis saya dah kehilangan seorang lecturer sebab dia dapat tawaran ke Goverment. Wahhhh..bestnya.

Rezeki dia kan! Walaupun dah lama sangat dah dia tunggu. So tanpa mengucapkan bye-bye, dia pon dah pergi ke Putrajaya.

Pagi ni baru kami semua dapat tahu. Sebab semalam dia dapat call. Ooooolalalala~

Dan juga saya nak wish Selamat Ulang Tahun ke 24 kepada Kay. Hahahah. [Dah tua ko Kay!]

Make a wish...

Make a wish...

May GOD Bless You.

Dan sesapa yg birthday dia bulan ni gak saya wish u Happy Birthday la..kang kecik ati lak kan..hahaha

p/s : Kay! Mana hadiah konvo aku? Janji nak bagi!!

Filing yang tak de Feeling

Haaaah..apakah yang berlaku kat wordpress? Hahahaha..sudah ada perubahan interface rupanya!! Saya saja yang tak tau. Ketinggalan sungguh!

Ok..Saya sangat bizi tapi masih sempat nak update entri di wordpress. Minggu ni saya rasakan minggu yang sangat-sangat bizi dan minggu balik lambat saya. Wahhh..macam pekerja contoh pulak lagaknya! Sebab keje banyak saya buat last minute la jadi cam ni.

Isnin ni pihak dari CC nak datang check LAN TC..apa tah nama panjangya..tapi lebih kurang cam silibus pengajaran satu semester la. Menari-nari jari jemari saya ni nak menaip RMM iaitu rancangan mengajar mingguan. Hahaha. Mana nak wat filing untuk 3 fail lagi. Warghhhh..Angkara pendrive rosak..saya kene buat semula semuanya dari mula. Dah la kene siapkan RMM untuk 15 minggu. Tension wehhhh!

Filing la paling nyampah. Ada je benda yang termiss. Kejap-kejap kene turun bawah nak fotostat..pastu kene tunggu turn lak nak print. Wahhhh..semua lecturer tensen keje banyak minggu ni. Saya kira ok lagi la bos xlonggokkan kerja tambahan. Kalau x..jadi la saya cam rakan sekerja saya lagi sorang tu. Filing RMM xsiap lagi bos dah longgok ngan kerja tambahan. Kesian tgk dia.

Dah la saya xsempat nak marking paper. Baru tgk sehelai dua kertas jawapan mereka dah rasa cam nak koyak je kertas jawapan. Jawapan mengarut-ngarut. Padahal fill in the blanks pun saya dah siapkan jawapan kat atas dan mereka cuma pick je jawapan yang betul!!! Warghhhh…

Adeh..dah nak minggu-minggu terakhir semester ni..banyak je kerja yang datang menyinggah-nyinggah! MKK a.k.a carry mark lagi nak siapkan. Assignment student bersepah-sepah belakang kerusi dan bawah meja saya. Huuuuu..workstation baru xbesar sangat..so letak je la mana tempat yang dan nak letak.

Saya nak sambung wat keje. Bizi la katakan..hahaha!

Berebut itu Best!

Saya ada hobi baru bila tiba waktu lunch. Hahaha~

Best gak hobi tu..dah jadi cam satu kewajipan lak saya mesti berebut nak amik nasi dan lauk ayam ngan kawan saya. Saya panggil dia Bib.

Turun-turun je kereta, dari kejauhan suara kami dah kecoh sampai ke dalam kedai. Kami kebiasaannya keluar lunch 6 orang dan menggunakan 1 kereta je. Hahaha. Tukar tukar kereta la setiap hari. Jadi baru la fair and square kan?

Nak buka tgk lauk pon saya rebut ngan Bib. Tu belum nak senduk nasi lagi..lagi la teruk. Siap tolak-tolak depan termos nasi tu. Hahaha. 4 yang lain hanya tengok je kami berebut sebab mereka dah tak boleh buat apa-apa. Dengan yang lain pun kami rebut gak..tapi tak la seteruk saya rebut ngan Bib. Seperkara lagi yang kami rebutkan adalah bila ada lauk ayam dibahagian dada atau isi. Tu lagi la dashat. Siap tolak-tolak pinggan. Hahaha. Sebab kami berdua hanya makan bahagian isi sahaja.

Tapi saya tak pernah pun kesah hal macam tu sebab bagi saya hal camtu hal yang remeh jer..Perangai ala budak-budak..

Seb bek la tempat kami makan tu bukan kawasan student makan..kalau tak mmg la xsesuai buat tontonan mereka melihat lecturer lecturer mereka berebut-rebut.

Nak bayar pon berebut gak..berebut sapa nak bayar cepat ..bukan berebut nak tolong bayarkan..Hahahaha.

Kalau kitorg datang jer..sure lauk tu 60% habis kitorg kerjakan. Hahaha. Kedai makan kat city park tu pon dah jadi cam kedai sendiri..kalau bersembang tak reti la nak cakap slow-slow..kalau gelak lagi la xhengat-hengat..

Tapi lately ni Bib dah banyak dengki ngan saya. Hahaha. Bukan dengki yg jahat-jahat la..dia selalu kenekan saya bila saya nak reverse kete nak balik. Mesti dia duk kat belakang kete saya lama-lama sampai saya kene hon dia. Pastu dia gelak-gelak..Sengal la ko Bib.. Hahaha 😉

Minggu ni memang banyak kerja..nak kene wat analisis keputusan test budak-budak ni..Adeh…yang xlulus kene masuk kelas masa diorg cuti sem..Malas nya nak ngajar time cuti…Wawawa~

NotaKaki : Saya tak sabar-sabar nak cuti. Tiket flight dah konfem. Selamat tinggal Seremban. Hehehe

p/s : NF sory saya tak angkat kol awak. Saya banyak kerja. Harap paham..Pastu..saya tak nak keluar pada 7 mac ni. Jgn tanya kenapa. Saya tau awak silent reader..

Konon-kononnya…

Ceh..saya ni konon-kononnya tadi nak wat soalan test pas dinner. Last-last tak gak buat. Test tu akan diadakan pada minggu depan bermula 23 hb.

Penyakit malas dah bermula kembali..Malas nak fikir soalan yang sangat kacang goreng yang bakal saya buat tu..Hahahaha~ Lantak korang la student kalo takleh jawab gak! Aku bagi soalan paling senang dalam muka bumi ni kalo korang baca nota aku. Hahaha!

Buka PC hajatnya tadi nak kemaskini borang secara online jer. Last-last saya tersangkut kat sini menaip entri yang entah apa-apa ini. Hahaha..dan kamu membacanya!!

Siap singgah-singgah di blog yang terdapat dalam list dan siap drop komen..Hahaha. Punya la rajin saya malam ni.. 😉

Ok. Ok.

Kat sini saya nak bagitau la..minggu lepas kami semua pensyarah boikot untuk pergi ke perjumpaan pagi di main campus. Hahaha. Gasak la apa nak jadi pon. Dari habiskan duit minyak kete (sebab saya dah bertukar dari manual kepada auto..so paham-paham la auto ni camni kan?), baik saya habiskan kerja saya di ofis. Ada gak pekdahnya! Dah la keje melambak..nota tak siap-siap. Soalan test pon tak draf lagi!

Elok je kami boikot..keluar la arahan baru bahawa kami dah tak perlu ke sana..horeyyyy! Sebabnya ada la alasan-alasan sulit yang tak boleh di beritahu disini. Saya tahu. Tapi cukuplah setakat kami sangat berbahagia apabila arahan berkenaan dikeluarkan.

Jadi hajat nak berenti tu boleh ditangguhkan buat sementara. Hahaha. Anything happen, saya tetap akan berenti..kui kui~

p/s : laptop dan buku rujukan pon tak kemas-kemas lagi masuk ke dalam kereta. Masih bersepah-sepah di bilik sebab semalam berpoya-poya menonton cerita taiwan miss no good. Hahaha 🙂

Lecturer-to-be…

Saya tidak lagi jobless!!

Alhamdullilah.

Masa ekonomi dunia yang kurang stabil ini dan keadaan gawat yang sangat teruk ini, saya tak nak la memilih kerja sangat.

Mungkin sesetengah orang akan mengatakan salary yang saya dapat ini agak kecil jika dibandingkan dengan kelulusan yang saya ada. Tapi pihak atasan menilai seseorang yang mahukan kerja berdasarkan pengalaman. Sebab saya takde pengalaman kerja, jadi saya haruslah akur dengan salary tersebut.

Kerja dengan kolej swasta mungkin agak penat dan mungkin saya tidak banyak masa seperti dahulu untuk meng’update’ blog seperti selalu.

Saya akan jadi lecturer? hahaha. Rasa macam kurang percaya jer…ngeh ngeh..

Doakan saya berjaya!

p/s : please call me miss izzah ..hahaha [to my student la]