Tugas-tugas seorang Pensyarah…

Tajuk kemain gah ye tak?!

Sesuai la sangat kalau nak buat rujukan bagi sesapa yang tengah meng-google tugas tugas seorang pensyarah atau pon ‘job description as a lecturer’ tu..

Kadang-kadang orang fikir senang je. Pergi kelas, mengajar then dah. Settle untuk satu hari. Tettttttttttttttttt! Salah!!

Kene mula dari awal. Anggap la satu hari tu aku ada 2 kelas nak kene bagi syarahan.

Kira macam aku hari hari masuk kerja la..

Masuk office sama ada jam 8.30 atau jam 9.00 pagi.

1. Prepare all the slides presentation before the class start! Sama ada sehari awal atau paling rajin, seminggu awal. Senang sebab kau akan ada masa nak baca balik slides kau buat tu. Bukan pagi kul 10 nak ada kelas, kul 9 baru nak buat. Kau penat nanti.

2. Masuk kelas mengajar pum pang pum pang. Lepas tu kene tanya “Do you understand? Any questions?”. Kene tanya to make sure all the students get the point on that day. Kalau x, sesia la kau cakap sensorang kat depan tu, diorang main hp kat belakang. Kalau ada pertanyaan, kau kene la jawab dengan berhemah walaupun rasa sakit hati yang mendalam sebab kau dah terangkan tadi tapi diorg tak dengar.

3. Balik kelas kene update attendance. Kehadiran mesti telly dan mesti update setiap hari. Tengok sapa yang MC sapa yang ponteng semua. Kalau kehadiran less than 80%, kau kene prepare warning letter 1. Lepas tu kalau xde perubahan, warning letter 2. Gunanya warning letter ni, kau boleh sebabkan budak tu di bar daripada amik exam sebab kehadiran tidak memuaskan. Then guna untuk documentation supaya telly dengan kehadiran. DANNNNNN kalau parents mengamuk, ni la dia bukti anak tak pergi kelas sesaja. Ada faham?

4. Selain kene prepare slides , kau kene prepare soalan kuiz, test, exam Q untuk paling max 3 set. Set A, Set B dan Set C. Max la tu sampai 3 set. Sebab apa banyak set? Biasa exam hanya akan guna 1 soalan je, lagi 2 masuk dalam bank soalan. Dan sekiranya berlaku ada pelajar tidak hadir exam dengan sebab kukuh (diterima senat untuk ambil exam kemudian), soalan akan diambil dari set yang ada dalam bank soalan tu. Faham? Biasanya soalan exam akan dibuat awal dan di-moderate or vetting untuk mendapatkan soalan yang berkualiti dan memenuni Taxanomy Bloom punya kiraan. G google la TB tu camne.

5. Selain dari buat soalan, kau juga kene invigilate exam. Atau dengan kata lain, jaga exam laaaaaa.

6. Bila dah exam, kau selaku pensyarah yang mengajar, akan marking kertas jawapan pelajar kau. Dapat budak tak berapa nak usaha, siap la fail apa semua.

7. Then after exam kene key in markah sampai la kene buat report kalau ada yang fail. Supaya masuk senat boleh defend kalau budak ni fail sebab selalu ponteng kelas, or course work markah rendah. Etc etc etc.

8. Selain daripada tugas hakiki kat atas, tugas sampingan ada jugak, jadi penyelia projek students, jadi mentor kepada students, jadi pensyarah pengiring bagai, dan selain itu..telinga harus kebal sekiranya terdapat mak ayah yang emosi sebab anak dia kau ajar tak pandai pandai la kononnya. Kadang-kadang ada mak ayah yang banyak songeh hanya pandai salahkan pensyarah, padahal anak tu yang memang malas nak g kelas.

9. Masuk meeting kuar meeting. Ni kadang-kadang la.

Haaaaa.nampak dah tugas pensyarah? Sok kalau isi dalam borang interview tu, boleh la listkan pendek2 ikut apa yang kau rasa logik nak tulis.

Oh ya. Kene tahan la hadap perangai pelajar yang ada macam-macam jenis. Jangan baik sangat sampai pelajar pon kau buat kawan, esok diorg pijak je kepala korang. Kene ada gape between lecturer and students.

Panjang lebar aku tulis ni. Entah ada entah tidak yang baca. Hahaha.

Bye–

3 thoughts on “Tugas-tugas seorang Pensyarah…

Leave a comment