Pregnant lady and flight.

IMG_1449.PNG

Siapa cakap pregnant lady tak boleh naik flight?

Boleh je, tapi bergantung la korang yakin ke tak. Dan bergantung juga pada tahap kesihatan anda dan kandungan anda.

Well, I have a few tips nak share kat sini berkenaan dengan pregnant lady and flight. Sebab aku baru je lepas naik flight, island hoping bagai.

Jadinya, sebelum aku malas dan terlupa, baik la share kat sini.

Step 1: Sila semak tarikh yang anda nak pergi bercuti tu, jatuh pada berapa minggu kehamilan anda. Jangan nak main beli tiket je. Kang nyesal tak dapat naik.

Step 2: Sila semak terms and conditions airlines yang anda nak naik tu. Kebiasannya semua airlines mempunyai T&C yang berbeza. Kalau kandungan bawah 7 bulan (below 28 weeks), biasanya mana-mana airlines pon lepas je. Tapi, mohon semak la dulu.

IMG_1452.JPG

T&C MAS

 

Step 3: Dah baca T&C, dah yakin serta berpuas hati, boleh la beli tiket anda. Aku beli aritu xde pon nak booking seat. Time mobile check in pilih seat. Senang.

Step 4: Dalam minggu anda nak fly tu, yang 7 bulan ke atas, mohon lah surat kebenaran doktor untuk naik flight. Biasanya doktor akan tulis kandungan anda berapa minggu dan tarikh anda jangka bersalin. Yang ni penting ye, xkisahlah perut kecik ke perut macam nak meletup ke, nak senang kerja, ikut je la prosedur diaorg. Xkan nak gaduh depan kaunter plak kan padahal salah sendiri.

Step 5: Time nak boarding tu, g kaunter airlines anda dan isi borang liability ke apa macam tu.

IMG_1453.JPG

Borang MAS

 

Step 6: Jangan lupa masa nak boarding, cakap kat petugas, anda nak naik dulu. Kira macam priority to pregant lady la. Melainkan kau sanggup nak berasak- asak dengan penumpang lain sampai berlaga-laga perut. Biasanya petugas akan utamakan orang tua2, yang bawa anak kecil dan wanita mengandung. Dan lagi 1, kat airport biasanya ada seat yang ditulis as PRIORITY SEAT. Siap ada gambar lagi. Kalau korang penat ( maun tak penat dari kastam bagai nak g gate jauh kot) korang duk kat seat tu, kalau ada orang lain duk situ, cakap la dengan budi bahasa tu seat priority. Diorang mesti faham.

Step 6: Enjoy your flight.

Tu semua step yang aku buat masa nak boarding. Alhamdulillah selamat pergi dan balik.

Ni pulak tips bagi wanita mengandung yang berhajat nak g island hopping. Macam kat langkwati tu kan.

Senang je.

Cakap kat driver bot, anda mengandung, dan anda duk kat bahagian belakang bot sebab kurang sikit hentakan. Atau cakap kat driver tu, bawa slow sket bangggggg. Hahaha.

Alhamdulillah, island hopping pon aku larat. Walaupun kaki macam nak tercabut masa nak g Tasik Dayang Bunting tu. Maunnya tak, turun je bot, kene jalan naik turun anak tangga.

Kalau tak larat, jangan paksa. Pentingkan diri sendiri.

IMG_1456.JPG

Island Hopping

 

By the way, aku pilih MAS. Sebab aku baca banyak review dari blog lain dan terms and condition dia, MAS agak flexible dan harga dia murah.

IMG_1450.JPG

Last day aktiviti adalah.

Urut kaki. Lenguh woii!

IMG_1457.PNG

Bedrock Spa – Urut Kaki kat Pekan Kuah

 

Leave a comment