Nursing in Public and Selfie!

Salam Januari.

Sekian lama xmenulis, rasa terpanggil nak berikan pendapat dari hati berkenaan isu yang menarik perhatian ramai BF mommy out there.

NIP dan selfie serta NIP sahaja adalah dua isu yang berbeza.

Masyarakat Malaysia harini semakin terbuka dengan ramainya ibu menyusu berani NIP. Sebab ramai ibu sekarang memilih untuk menggunakan nursing cover atau pakaian yang nursing friendly di khalayak ramai yang tidak mendedahkan aurat. Para suami dan bapa juga memberikan sokongan serta galakan kepada isteri masing masing untuk menyusu anak dengan aurat yang terjaga.

Anda fikir suami anda izinkan ke anda nak menyusu anak di public kalau ternampak bahagian badan anda? Melainkan suami anda jenis tak kisah aurat anda di tonton orang.

NIP tidak adalah salahnya. Salahnya bila anda NIP, anda ambil gambar selfie, kemudian share di laman sosial. (Read : whatsapp [group], facebook, instagram, twitter, we chat dll).

Kadang kadang tertanya juga, apa motif sambil menyusu sambil selfie ni? Nak beri galakan kepada ibu menyusu lain untuk menyusu jugak atau nak berbangga diri dia mampu menyusukan anak di mana mana sahaja?

Tepuk dada, tanya lah hati. Hilang kemana rasa malu anda bila anda buat macam tu?

Suami tak rasa bersalah atau rasa berdosa ke biarkan isteri anda upload gambar macam tu menjadi tatapan kawan kawan isteri yang ada juga kaum Adam?

Seorang rakan di facebook, seolah olah di-provoke, dia tetap dengan padangan tidak salah NIP. Dan dia memandang remeh soal aib, dan maruah yang sebenarnya perlu di jaga oleh sang isteri. Percuma sahaja menghadiahkan suami dengan masalah yang semakin di kata masyarakat iaitu NIP dan selfie!

Jika suami pon jenis tak kisah apa yang si isteri upload, kita sebagai orang luar tidak boleh melakukan apa apa. Lihat sahajalah drama yang berlaku di facebook.

BF mommy ni terlalu tegar dengan tagline “Hak anak menyusu sehingga 2 tahun”. Sampai kadang kadang melihat ibu lain yang memberikan anak dengan susu formula ada dosa besar dan bf mommy ini dilihat terlalu mulia di sisi Allah kerana menyempurnakan hak anak mereka.

Pam susu berdozen dozen upload ke Facebook. Sebenarnya, tidak ada kepentingan pon nak upload, mungkin nak mendapat pujian dan rakan rakan lain bahawa susu badan mereka banyak melimpah.

NIP, pam susu dan stok susu..rasanya tak perlulah nak upload ke facebook. Buat untuk tatapan diri sendiri sahaja sudah lah.

Melainkan stok susu yang banyak tu, dia nak offer untuk anak susuan. Ini tidak..nak tunjuk betapa meriahnya susu mereka.

Bila isu ini menjadi viral, ibu tersebut dan bf mommy tegar ni mula lah nak buka hujah xsalah nak NIP..memang lah xsalah kak oi..yg salah tu g selfie dan upload. Cuba fahamkan 2 isu yang berbeza ni..buka sikit hati tu. Ni faham satu benda je..mana lah nak terima pendapat orang lain.

Bila orang asyik memperkatakan berkenaan isu ni, pandai pulak bising. Meroyan balik tak tentu hala.

Sudah sudah lah. Harapnya isu ini menjadi pengajaran kepada semua ibu menyusu di luar sana. Sama sama lah kita belajar dari kesilapan.

Ikhlas,

(Bekas) Ibu yang pernah menyusukan anak dengan susu ibu.

Student IPTA vs Student IPTS Nowadays

Hi.

Saja nak share experience. Maybe some of you will agree with me and maybe some of you not. Berlapang dada bila membaca post ni sebab this is my point of view as a lecturer and also am was a student.

Most of my friends yang jadi lecturer in IPTS will face this problem. Because of most of us from the Public University.

As I can compare the students in both institutional, you can see that IPTS “most” win.

Student IPTA

  1. SIPTA lebih menghormati pensyarah.
  2. SIPTA lebih berdikari.
  3. SIPTA bukan anak manja sikit2 nak report ke DEAN or top management.
  4. SIPTA biasanya wont care about student feedback. Biasa diorg malas nak baca soalan banyak banyak tu. Just kasi je 4 5 markah. (Aku lah tu)
  5. SIPTA tak berani nak pakai pakaian bukan bukan nak pergi kelas. Mahunya kena halau dengan pensyarah. Dulu ada budak kelas pakai selipar g kelas malam, satu kelas kene halau balik. Kau bayangkan lah! SATU KELAS okeyyyyy!
  6. SIPTA tak berani nak demand demand dengan pensyarah. Sebab diorg takut markah sikit. Biasanya markah memang based from pensyarah lah kan.
  7. SIPTA tak berani nak melawak lebih lebih dengan pensyarah. Nak bercakap dalam kelas pon kene tengok angin pensyarah. Silap silap mahu kene halau keluar kelas.
  8. SIPTA tak berani nak tinggi suara dengan pensyarah. Nak suruh suruh pensyarah.
  9. SIPTA tak berani nak datang kelas lambat. Daripada lambat baik xpayah masuk terus. (Daripada kene halau balik)

Student IPTS

  1. SIPTS ni ramainya tak reti hormat pensyarah. Kenkonon anak orang kaya yang perasan dia bayar gaji pensyarah. Padahal tuition fee pon pakai duit PTPTN. Lagi nak berlagak hebat.
  2. SIPTS ni ramainya manja. Semua nak kene spoonfeed. Tak suap, tak dapat la jawab soalan.
  3. SIPTS ni ramainya anak manja xleh kene marah kene jentik sikit. Kene marah naik 3 harakat suara pon dah mengadu ke HOD. Tak pon sampai terus ke CEO/Principal. Kesian kau. Baik masuk tadika, jangan masuk IPTS.
  4. SIPTS ni jenis banyak komen. Tak puas hati sikit komen. Komen lecturer tak pandai mengajar lah. Lecturer suruh baca sendiri lah. Cuba kau present kat depan lepas tu pensyarah nilaikan, kau lagi teruk tak reti  nak present slide ko tu. Lain kali jangan sedap mulut je nak komen! Dalam student feedback kemain kau hentam kaw kaw lecturer tu.
  5. SIPTS bukan dia kesah nak pakai apa. Pakai hot pants ngan baju sendat pon jadik. Nak je aku cakap, baik ko pakai spender lagi bagus. Pakai selipar masuk exam. Mana ada kena halau. Nak halau? Tak lama lepas tu agaknya ko dah depan meja HOD. Hahahaha. Siaplah!
  6. SIPTS ni demand lebih. Pemalas datang kelas. Banyak songeh banyak alasan. Kerja part-time lah apa lah. Ada pulak kitorg (lecturer) kesah? Pastu berani je nak demand markah padahal kerja cincai xseberapa. Perasan bagus jer.
  7. SIPTS ni bukan dia kesah nak bercakap ke nak menjerit ke dalam kelas. Yang dia tau dia bayar. Bangang abadi namanya. Tak tau nak hormat org tengah mengajar. Jawab handphone dalam kelas. Main scroll scroll fb dalam kelas. We chat apa bagai.
  8. SIPTS ni ada je yang biadap. Ugut2 pensyarah. Tinggi suara macam kita ni kuli dia pon ada. Menyampah betul aku lah.
  9. SIPTS kalau kelas kul 12, ada jugak yang datang kul 1.45. Dah la masuk xde cakap sorry xde muka bersalah. Buat bising lagi ada. Kau bajet kau hebat?

Maybe you have any point to add, please add. As i said, maybe some of you will not agree with me, but i share based on my experience.

Aku tak share la bangsa mana yang banyak biadap ke apa ke..paham sudah lah. Aku ni pernah kerja dengan kompeni yang ramai student melayu, ada kompeni ramai student cina, ada kompeni yang ramai student india and also international student. Jadi aku dah penah tengok benda ni semua.
Kau ingat senang nak didik anak bangsa sekarang lepas cikgu cikgu?

Payah tahuuu!!!!

Nak nak dapat mak ayah yang jenis percaya sangat cakap anak diorg tu tanpa selidik. Memang sakit hati jadinya.

Housewife

Housewife??

Yes, that’s was me a few months ago. Never imagine in my life that I will be a fulltime housewife. Takde kerja woih. Time pregnant, sapa la nak amik mak buyung ni kerja kan.

Being a housewife, never been easy as you tought. Taf lagi ada lah. No “me” time. No more wangi wangi. Masak terkejar kejar. Mandi nak cepat asal mandi.

Some people might think that being a housewife, your house must be extravaganza clean. A big NO okeh! Totally wrong. Mess like hell lagi ada. Hahaha.

Some people also might think, being a housewife, you have a lot of time to watch a drama series, nap ( or maybe sleep). Hahahaha. IN YOUR DREAM LA WEHHHHH. Aku ni kadang kadang buka tivi pon tak sebab xsempat.

Ramai duk cakap kalau anak tido, kau pon join la tido sekali. Hahaha. Iyelah tuuu. Sebenarnya time anak tido lah kau nak buat laundry, nak prepare bahan nak masak, nak jemur baju, nak lipat baju, nak iron baju suami. Eh segalanya lah. Kalau x buat, bila masa nak buatnya semua tu kan?

Sapa cakap jadi housewife ni tak penat, penipu lah. Lagi penat dari orang bekerja rasanya. Penat otak penat badan. Nak uruskan anak bukan perkara mudah. Lagi pulak macam anak aku tu. Bising sikit je jaga. Bising sikit je terkejut. Payah la sikit nak bising bising dalam rumah tu. Nak buka tivi pon slow. Asal boleh dengar apa dia cakap jadi lah. Haaaa sampai gitu sekali.

Tired, but I enjoy every moment being a housewife.

Jangan la nak perlekehkan housewife kalau korang ada kawan yang memang tak kerja. Jangan lah nak g tanya atau soal soalan yang sensitif dan mengundang sakit hati orang. Sebagai contoh :

  1. Belajar tinggi tinggi xnak kerja ke?
  2. Suami ada duit (read as kaya) boleh la duk rumah tak payah kerja.
  3. Jadi house ni banyak masa kan? Rumah mesti kemas.
  4. Nanti anak mesti xnak dekat orang kan kalau asik kendong anak je.
  5. Tak rugi ke belajar sampai degree/master lepas tu jaga anak je?

And the list goes on.

Suami kaya ke, rugi ke. Jangan lah nak kusutkan kepala fikir masalah orang lain.

Kewangan dari 2 orang kepada seorang bukan perkara mudah. Banyak perkara kene jimat cermat. Lebih kurang macam “makan pon nak kene bersukat”.

Baby Expo

Wahhhh tajuk macam terer sangat je kan nak kasi tips kat orang. Padahal anak baru sorang. Hahaha. 

This is my experience and my opinion. Rasa boleh terima, terima, tak boleh terima..just read and walk away..simple je kan. 

Most of baby cloths brand ada jual baju newborn. Biasanya ramai je kasi hadiah saiz newborn ni. Ada brand Pureen, Baby Kiko, Tenderly, TollJoy, Anakku, Fiffy, Miffy etc ( just to name a few). 

My opinion. Baju tido ( yang ada lubang2 ke takde ke).. Saiz fifiy or miffy ok. Baby Kiko pon ok. Anakku pon ok. Even anak aku ni lahir 3.5kg,  baju newborn still longgar. Haaaa gituu kauuu. Kalau anak lahir bawah 3kg, memang nampak baju besar gabak la kan. 

Baju newborn ni Haziq pakai sampai umur dia 2 bulan lebih nak masuk 3 bulan. 

Tapiiiiii..kalau baju newborn brand Pureen, anak aku 3 bulan baru muat. Sebab besar gila kot saiz NB dia. So, pandai pandai la agak time nak beli baju. 

Baju 3-6 months dia punya banyak sampai rasa xtau nak pakai yang mana malam malam. Sebab siang, aku pakaikan dia romper jer. Hehehe. Panas kot skang ni. 

PAMPERS.

Aku beli semua pampers dia masa tengah mengandung kat Baby Expo. Dari saiz NB sampai la ke M ni. Sebab time expo, murah berganda. Time tu lom kenal lagi Bosomi ni. Now dah kenal..hehehe. Sapa nak beli boleh contact aku lah. COD Kajang, Bangi and nearest min 2 pek. 

Kebanyakkan barang baby semua kitorang beli kat baby expo. Sebab kat situ semua ada. 

Beli botol susu Avent Natural pon kat baby expo. Murah gilaaaa kot. Rugi lah kan kalau xbeli. 

Best g Baby Expo ni..macam macam benda ada. Yang tak best tu..bila kena bersesak sesak dan kene langgar ngan orang or stroller besar gabak tu. 

Ok lah. Tu je nak share. Harap membantu.